tinggalkan jejak anda di SHOUTBOX. i'll visit your blog back. thanks for coming here "do only be faithful to someone that worthy for it"


Followers

sebelum bace, click la dulu sini

Tuesday, June 14, 2011

jadi perempuan kene reti MEMASAK ke?

haha okay. pasal perempuan yang tak reti memasak ye. setiap orang ada persepsi masing2 an pasal perempuan yang tak reti memasak ni? baik lelaki or perempuan. dah kenapa aku tiba-tiba gatal nak tulis pasal perempuan TAK reti memasak ni? yang sebenarnya, aku dah bosan dengar orang komen macam-macam pasal orang yang tak reti memasak ni.

"err yelah. sebab kau tak reti memasak kan?"

eh bukan! aku bukan tak pandai masak, cuma BELUM RETI memasak je. aku tak nak ngaku aku tak pandai masak, sebab aku lepas bab goreng sayur! hahaha (tu pun sebab mak aku paksa banyak kali) ah tak kisahlah kan. yang penting ada kemajuan kot dari masak asyik hangus ke arah pandai masak sayur. eh! terbangga pulak. haha

"Kenapa kau tak belajar masak ek?"

kenapa aku tak belajar2 masak sampai lah dah habis matrik ni? sebabnya, masa kecik-kecik sekolah rendah dulu, mak aku mana bagi aku masuk dapur. bila aku dekat je dengan dia time dia masak dia akan cakap camni

"pegi main jauh-jauh! bahaya dekat dapur ni". so secara tak langsung aku pun dok la fikir, dapur tu bahaya. hahaha.

lepas tu dah masuk sekolah menengah pulak, dah start duduk asrama. memang tak la kan nak masak sendiri kat asrama tu kecuali maggi yang tak memerlukan segala bahan api dan senduk ataupun kuali. semua benda nak senang beli je, takpun kau turun je la kat DEWAN SELERA tu makan. orang dah masakkan. kalau balik cuti pun, sibuk buat assignment, takpun lepas dendam tidur tak cukup kat asrama. minat nak memasak pun dah makin kurang.

lepas tu masuk Matrik pulak! dekat matrik samalah, even tak ada dewan selera macam kat hostel tapi tau je la kan. memang tak masak sendiri. semua benda pakai beli je. senang. dah busy sangat kan. sampai la sekarang, aku dah habis pun belaja kat matrik tu dan konklusinya, aku masih belum mahir memsak. okay kecuali masak telur sampai hangus yang aku pernah cerita dulu tu kan. tapi tu dulu la. dulu!

tapi apsal perempuan kene reti memasak?

1. BERJIMAT

"alah, kalau susah-susah kahwin je la ngan anak orang kaya. senang cerita" kata Bedah yang terasa macam dia cantik sangat.

Habis kalau kau dapat suami yang tak macam yang kau nak tu, kau nak cakap apa? takkan kau nak upah bibik 7, 8 orang jugak? kan lagi senang kalau kau sendiri reti memasak. memasak sendiri ni kan menjimatkan kos. tak payahlah nak upah orang untuk memasak. tak payah juga nak ajak suami keluar makan tiap-tiap hari. kuar minyak kereta, kuar duit. kan satu pembaziran.

2. MENJAGA KESIHATAN

"Bagus jugak perempuan sekarang tak reti memasak. untung restoren kita" kata Kassim sambil mengeluarkan beberapa ekor LALAT dari nasi goreng di dalam kuali yang baru digorengnya.



euwww!! kau nak ke makan nasi goreng yang digoreng bersama lalat? aku tak rela!! haha. sekarang dah macam-macam penyakit muncul kan? adalah lebih elok dan lagi bagus kalau kita sendiri yang masak. so tak perlulah pergi ke restoren makan. at least, kita tahu betapa bersihnya makanan tu and yang paling penting seberapa halalnya makanan tu. kita sendiri yang tentukan.

3. CUKUPKAN PAKEJ

"apa guna jadi perempuan, tapi tak reti memasak?" kata Ali yang sedang mencari calon isteri.

see. rata-rata lelaki demand kan nak cari isteri. nak yang lawa lah. nak yang pandai lah, nak pandai masak la. tapi kadang2. sendiri? reti ke jadi imam? solat sendiri pun kadang2 pun tertinggal kan ? eh tanak ulas panjang2 pasal hal ni. yang penting, almost sume lelaki nak perempuan yang reti masak. aku rasa macam tipu la kalau ada lelaki yang tak kisah kalau bakal isteri diorang tak reti masak. so konklusinya, memasak ni macam kira melengkapkan pakej sebagai perempuan. like kawan aku cakap

"perempuan kalau cantik, educated, kaya tapi tak pandai masak pun tak guna. yang penting pandai memasak"

even mak mentua pun nak cari menantu yang pandai masak kan.

4. DISAYANGI

Mak aku cakap, nak jaga hati suami, kena jaga perut suami. kena masak dari air tangan isteri sendiri. hehe. eh dah! tanak cakap banyak pasal yang ni. kang orang ingat aku gatal nak kahwin lak.

Dari apa yang aku dah keluarkan kat atas, konklusi yang aku dapat,
penting ntok perempuan tu reti memasak. aku reti bake cake je. tapi takkanla aku nak makan cake hari2 kan?



so, sekarang ni aku dalam USAHA untuk belajar memasak. :)


p/s: aku harap aku tak masak hangus lagi

2 mengomel:

nini syuffina jalil said...

perlu kut
HAHA tapi aku pun tak reti masak ;p
HAHAHAHAHAH

Mizza said...

kau kena belaja masak ni nini... hahaha kot2 mak mentua ko soh kau masak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Blog Templates by So Sweet Designs>